9 November 2011

Pengganti Datuk Lee Chong Wei??


 

 Aksi Zulfadli Zulkifli semasa Kejohanan Remaja Dunia
 
          KEJAYAAN pemain badminton remaja negara, Zulfadli Zulkifli menundukkan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen untuk bergelar juara Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan kelmarin, seolah -olah memberi bayangan, siapa bakal menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kelak.

Beraksi di tahun terakhir sebagai pemain remaja, Zulfadli turut muncul sebagai perseora­ngan lelaki remaja pertama negara menjuarai gelaran tersebut.

Bermain untuk Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Zulfadli lebih selesa dilatih bapanya sendiri, Zulkifli Sidek yang merupakan bekas jurulatih pusat latihan Olimpik United States, Marquette, Michigan (1989-1991), dan Los Angeles (1991-1992), walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah menawarkan program latihan kepada pemain itu.

Lebih berpengalaman beraksi dan menjuarai beberapa kejohanan antarabangsa berbanding pemain pelapis BAM, kejayaan juara Kejohanan Remaja Terbuka Jerman ini dilihat memberi tamparan hebat kepada BAM yang hanya berjaya melahirkan beregu lelaki terbaik di dunia menerusi program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Fokus

Sedar dirinya sering dikaitkan sebagai pemain perseorangan lelaki pelapis terbaik, pemain ke-207 dunia ini sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Chong Wei satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment