PEMAIN MERAIKAN KEJAYAAN SELEPAS BADDROL MENJARINGKAN GOL UNTUK MALAYSIA
Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.
Pasukan bola sepak Sukan SEA negara mendahului Thailand 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama.
Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Perlawanan peringkat kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan menentang Singapura, baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan dan para pemain. Sama-sama kita saksikan perlawanan seterusnya. Ayuh Malaysia mengaum~~
No comments:
Post a Comment