11 December 2011

HARAPAN MALAYSIA?



SAFEE SALI

JIKA Thailand berbangga memiliki penyudah berbisa seperti Teerasil Dangda, Vietnam pula gah dengan Le Cong Vinh dan Bambang Pamungkas yang cukup popular di Indonesia, skuad bola sepak kebangsaan tidak kurang hebatnya.  Ayam tambatan Harimau Malaya, Safee Sali juga wajar diletakkan sebaris dengan penyerang prolifik yang lain apabila dia cukup digeruni pemain lawan di peringkat Asia Tengara.
SUPER MOKH VS SAFEE SALI
Namun, Safee Sali sekali lagi berhasrat untuk mengembangkan sayapnya dalam karier dengan beraksi dengan kelab eropah yang lebih mencabar dan itu lah hasrat anak jati Malaysia untuk mengharumkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa sekaligus menjadi rakyat Malaysia pertama yang beraksi dengan kelab eropah. Semua pemain berhasrat untuk beraksi dengan kelab eropah seperti yang kita ketahui mempunyai pemain-pemain yang bagus hasil daripada latihan dan pengurusan yang terbaik dalam menghasilkan pemain yang bertaraf bintang. Namun hasrat itu bukan hasrat semata-mata dan saya percaya pemain kita mampu melakukannya dengan usaha yang bersungguh-sungguh.  Kemungkinan jika ada rakyat Malaysia yang beraksi dieropah mungkin segala pengalaman dan cara pengurusan dapat dicedok serba sedikit oleh pengurusan bola sepak Malaysia dalam melahirkan pemain yang berkualiti.  Walaubagaimanapun,adakah hasrat itu akan dicapai dalam masa terdekat ini dengan kita memiliki Safee Sali yang dikatakan jelmaan Super Mokh?atau adakah belum masa untuk kita berfikir untuk ke eropah?atau pun kita perlu mencari bakat muda lain dalam untuk mencapai hasrat itu?...Permulaan adalah disini, kita mulakan kembali untuk mencari jelmaan Super Mokh yang setanding mahupun lebih daripada itu....



8 December 2011

APA NAK DIKATA OLEH PENGKRITIK


Barisan Pemain Chelsea

DROGBA menewaskan penjaga gol Valencia semalam
VILLAS-BOAS boleh melepaskan rasa puas terhadap dirinya selepas berjaya membawa Chelsea pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Valencia 3-0 semalam sekali gus berjaya menutup mulut pengkritik dan media2 bahawa beliau merupakan pengurus Chelsea yang paling teruk dalam sejarah.  Walaubagaimanapun,beliau dan pasukan terpaksa bekerja keras semalam untuk memastikan hanya kemenangan keatas Valencia yang diinginkan untuk memastikan bahawa beliau bukan pengurus paling lemah. Salah satu kritikan yang diterima beliau ada yang mendakwa tidak lagi mendapat kepercayaa barisan The Blues. Dengan kemenangan ini akan menutup mulut2 pengkritik terhadap beliau dan pasukan....walaubagaimanapun sory laa Chelsea nak saingi MAN U..hahahaaaa








7 December 2011

DATUK LEE DI HATI RAMAI?


Lee Chong Wei Vs Lin Dan
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima undi tertinggi daripada peminat sukan berkenaan dalam tinjauan ‘siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011.  Datuk Lee Chong Wei mendapat undian sebanyak 12 peratus melebihi undian keatas Lin Dan.  Menurut BWF, Chong Wei meraih 34 peratus undi, Lin Dan (22 peratus), pasangan beregu Cai Yun/Fu Haifeng dari China (16 peratus) dan beregu dari Korea Selatan Lee Yong-dae/Jung Jae-sung (14 peratus).  Semoga dengan kemenangan itu akan melonjakkan semangat Datuk Lee untuk terus gah dalam arena badminton seterusnya menumpaskan seteru utamanya itu pada kejohanan yang besar terutamanya kejohanan Dunia....sama2 kita doakan untuk etlit kebanggaan Malaysia ini.



Aksi-aksi Datuk Lee
Pada pandangan saya Datuk lee tidak akan bersara daripada arena ini sekiranya beliau belum dapat mencapai hasrat untuk memenangi kejohanan dunia dan Olimpik yang belum pernah dimenangi beliau sepanjang penglibatan dalam sukan badminton ini.  Apa-apa pun hasrat itu akan dicapai sekiranya beliau dapat menewaskan seteru utamanya yang bernama Lin Dan.  Tiada yang mustahil untuk beliau..sama2 kita doakan......




6 December 2011

GUA KAGUMI BELIAU












































































Siapa Sangka Aku Dapat Jadi Seperti Beliau Di Atas..hahaa...angan2 mat jenin di mlm hari~



5 December 2011

Skuad LiGa S?!

Skuad Harimau Malaya



SEANDAINYA ada kata-kata 'sumbang' yang berhasrat mahu mengkritik pasukan Harimau Muda jika mereka tersungkur ketika 'berguru' di bumi Australia tidak lama lagi, lebih baik lupakan sahaja niat itu.
Ini kerana pengendalinya, Ong Kim Swee langsung tidak peduli dengan apa juga keputusan yang bakal dicatatkan anak buahnya ketika berdepan cabaran tiga buah kelab elit di sana nanti sebagai persediaan mengharungi Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.
Jika menang sudah tentu dianggap bonus, namun pada masa sama Kim Swee lebih teruja menjadikan aksi di sana sebagai medan terbaik menguji pemain baharunya seperti Sharil Saari (Terengganu), Syazwan Yusof (Kelantan) dan Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abd. Halim (Kelantan) termasuk pemain-pemain yang jarang diturunkan tidak kira sama ada ketika temasya Sukan SEA mahupun saingan kelayakan kempen Olimpik sebelum ini.
"Apa juga keputusan tidak mustahak. Sudah tentu, peluang berdepan dengan tiga buah kelab elit di Australia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya menguji pemain baharu dan juga pemain yang jarang diturunkan sebelum ini.
"Bagi saya, pengalaman yang diraih pemain ketika di sana adalah jauh lebih penting terutamanya bagi perancangan masa panjang menghadapi Sukan SEA 2013 (Myanmar) dan Sukan Asia 2014 (Korea Selatan), tambahan pula pemain saya masih muda dan perlu didedahkan dengan perlawanan-perlawanan antarabangsa yang bagus seperti ini,".

Aksi KFC
Kesemua senarai 30 pemain akan mula berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini sebelum dijadualkan berlepas ke bumi Kanggaru pada 10 Disember depan.
Difahamkan, tiga buah kelab elit yang bakal ditentang Harimau Muda sepanjang 12 hari berada di Australia nanti ialah Mariners FC, Newcastle Jets FC dan Sydney FC.
Untuk rekod, Mariners FC merupakan naib juara Liga Australia (Liga-A) pada musim lalu, sementara Newcastle Jets FC pula pernah layak ke suku akhir Liga-Juara-Juara Asia pada 2009.
Reputasi Sydney FC juga dikhabarkan tidak kurang hebat apabila pernah mendapat sentuhan bekas tonggak Manchester United, Dwight Yorke, Juninho (Brazil) dan Kazuyoshi Miura dari Jepun yang pernah menyarung jersi The Sky Blues itu tidak lama dahulu.
Kim Swee begitupun enggan mengesahkan ketiga-tiga kelab elit tersebut kerana masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu.
Dalam pada itu, ada khabar gembira menyelubungi harapan dua tonggak yang digugurkan sebelum ini iaitu Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang masih berpeluang 'terbang' ke Australia apabila Kim Swee memberitahu masih belum menetapkan senarai akhir 30 pemain yang akan dibawa ke sana.
"Saya akan menilai semula senarai akhir pemain selewat-lewatnya esok (hari ini) sebelum membuat keputusan memandangkan hanya akan menyisihkan pemain yang tercedera ataupun tidak berada di prestasi yang terbaik," katanya.
Pasukan Harimau Muda yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta baru-baru ini begitupun mengalami 'detik suram' di pentas kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia apabila tewas dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Jepun, Syria dan Bahrain sebelum ini. Mereka kini terperosok di tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata. Mampukah skuad ini menggegar Liga Singapura????!

AKSI2 HAFIZ HASYIM



Aksi Hafiz Hasyim(Terbaik)

Di coretan ini saya memaparkan aksi-aksi pemain badminon perseorangan negara yang pernah menjuarai kejohanan All England iaitu Hafiz Hasyim...Pada saya beliau seorang player yg cun permainannya namun setiap perlawanan yang beliau sertai menampakkan aksi yang kurang konsisten...anyway,beliau penah menjadi favourite player saya dulu..HiduP Kelate!huhuhu


28 November 2011

APA NAK JADI DENGAN H.MUDA KITA

 

Kelihatan Skuad Harimau Muda sugul selepas tewas mengejut kepada bahrain bagi kelayakan olimpik 2012

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.
Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.
Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.
Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.
Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.
Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.
Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.
Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.
Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.
Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.
Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam. Bagi saya ini adalah kerana skuad kita mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh.  Sikap ini perlu diubah dengan segera bagi mencapai kejayaan yang lebih lagi pada masa-masa akan datang.

13 November 2011

MALAYSIA JAGUH HOKI DUNIA


MALAYSIA mencipta sejarah apabila muncul juara sulung pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 malam tadi.
Gol kemenangan Malaysia diperoleh menerusi jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim, sekali gus mengecewakan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Skuad hoki negara meraikan kejayaan selepas menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa bwh 21 tahun


Muhammad Noor Faeez melakukan jaringan tersebut menerusi pukulan sudut penalti yang menerjah bahagian kiri gol lawan.
Sebelum itu, perlawanan tersebut terpaksa diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas masa perlawanan sebenar tamat.
Lebih manis, skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas kepada Australia pada perlawanan pusingan awal iaitu 2-1 berjaya menebus kekalahan itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.
Pada aksi tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dylan Wotherspoon tetapi anak didik Mohd. Dharma Abdullah berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan padang Mohd. Fitri Saari.
Jaringan padang Jack Wallace pada minit ke-59 membuatkan pasukan lawan kembali di hadapan tetapi Malaysia berjaya bangkit menerusi pukul sudut penalti Muhammad Noor Faeez seminit sebelum wisel penamat dibunyikan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan Malaysia.
Turut mencemar duli menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF).
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Pada aksi terdahulu, Korea Selatan berjaya menduduki tempat ketiga apabila menundukkan India pada masa tambahan menerusi jaringan emas pemain Yang Jig Hun selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3 sehingga tamat masa perlawanan.
Secara keseluruhan apa yang dapat saya katakan adalah skuad projek 2013 ini merupakan pemain-pemain yang berbakat malahan bertaraf dunia dengan gaya dan skil yang ditunjukkan sekaligus menjadi antara negara yang digeruni dalam sukan hoki khususnya....pada pendapat anda bagaimana skuad ini dapat diteruskankan untuk menjadi pengganti kepada skuad senior??

10 November 2011

BEREGU WANITA HARAPAN NEGARA??



          MUNGKIN agak berat buat beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo sekiranya diletakkan sasaran bagi meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia yang bakal membuka tirainya Jumaat ini.
Bagaimanapun, secara peribadi, Khe Wei berharap dia dan Vivian mampu menjelmakan sebutir pingat tanpa mengira warna buat kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan itu.
“Persiapan bagi menghadapi Sukan SEA kali ini semuanya berjalan dengan lancar. Saya dan Vivian juga sudah bersedia daripada semua aspek termasuk daripada segi mental dan fizikal.
“Saya tidak mahu memberi tekanan pada diri sendiri dengan meletakkan sebarang sasaran yang tinggi kerana bimbang ia tidak mampu dicapai.
“Namun, saya berharap untuk menyumbangkan pingat tidak kira apa warna sekalipun bagi acara berpasukan wanita dan beregu,” kata Khe Wei yang kini berusia 21 tahun.
Sebelum ini, kelibat Khe Wei-Vivian mula mencuri tumpuan ekoran kejayaan mereka merangkul geralan pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia bulan lalu.
Aksi cemerlang itu diteruskan apabila mereka turut cemerlang mengungguli saingan Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2011 juga pada bulan lalu.
Ekoran kejayaan itu, Khe Wei-Vivian menjadi taruhan terbaik bagi menghadirkan kilauan pingat buat skuad badminton negara di bumi Indonesia.
“Saya akui bahawa kejayaan-kejayaan itu sedikit sebanyak telah meningkatkan lagi tahap keyakinan kami bagi mengharungi Sukan SEA nanti.
“Begitupun, semua kejohanan mempunyai tekanan yang tersendiri.
“Jadi... biarlah kami fokus terhadap satu perlawanan demi satu perlawanan terlebih dahulu kerana ia lebih mudah buat kami untuk menentukan hala tuju kami pada Sukan SEA nanti,” jelas Khe Wei.


Kejayaan yang dilakarkan Khe Wei-Vivian lantas telah membuka mata banyak pihak yang merasakan bahawa beregu wanita negara itu mampu melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa, apatah lagi tatkala usia mereka masih muda.
Malah, ada segelintir pihak menganggap pasangan tersebut kini mampu untuk menggantikan tempat Wong Pei Tty-Chin Eei Hui selaku beregu utama wanita negara sekiranya diperlukan.
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketiga Khe Wei pada temasya Sukan SEA.
Lebih membanggakan dia turut memainkan watak penting ketika membantu skuad badminton wanita negara memenangi pingat emas dalam acara berpasukan pada edisi dua tahun lalu di Vientiane, Laos.  Mampukah beregu ini menjadi sandaran utama negara suau hari nanti...tepuk dada tanya BAM...huhuhu..


9 November 2011

Pengganti Datuk Lee Chong Wei??


 

 Aksi Zulfadli Zulkifli semasa Kejohanan Remaja Dunia
 
          KEJAYAAN pemain badminton remaja negara, Zulfadli Zulkifli menundukkan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen untuk bergelar juara Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan kelmarin, seolah -olah memberi bayangan, siapa bakal menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kelak.

Beraksi di tahun terakhir sebagai pemain remaja, Zulfadli turut muncul sebagai perseora­ngan lelaki remaja pertama negara menjuarai gelaran tersebut.

Bermain untuk Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Zulfadli lebih selesa dilatih bapanya sendiri, Zulkifli Sidek yang merupakan bekas jurulatih pusat latihan Olimpik United States, Marquette, Michigan (1989-1991), dan Los Angeles (1991-1992), walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah menawarkan program latihan kepada pemain itu.

Lebih berpengalaman beraksi dan menjuarai beberapa kejohanan antarabangsa berbanding pemain pelapis BAM, kejayaan juara Kejohanan Remaja Terbuka Jerman ini dilihat memberi tamparan hebat kepada BAM yang hanya berjaya melahirkan beregu lelaki terbaik di dunia menerusi program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Fokus

Sedar dirinya sering dikaitkan sebagai pemain perseorangan lelaki pelapis terbaik, pemain ke-207 dunia ini sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Chong Wei satu hari nanti.

NIKOL MENANG LAGI!



  


Nikol Dengan Penuh Gembira memegang Tropi kejuaraan dunia ke enam berturut-turut

Haha...sekali lagi Datuk Nikol Ann David menjuarai kejohanan squash dunia kali ke-enam berturut-turut...Beliau sememangnya menjadi ikon negara yang patut disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia....Mengapa saya kata patut disanjung?  bagi saya pembabitan beliau dalam sukan squash tidak banyak karenah seperti pemain lain..seperti pertukaran jurulatih yang banyak dilakukan oleh pemain lain contohnya sukan badminton dan bola sepak..Kalau kita lihat impactnya tidak seberapa malahan negara terpaksa berbelanja besar atas pertukaran jurulatih.....Datuk Nikol dah 6 kali...Datuk Lee Chong Wei bilaa lagi???huhuhuhu






MALAYSIA BENAM THAILAND!






 PEMAIN MERAIKAN KEJAYAAN SELEPAS BADDROL MENJARINGKAN GOL UNTUK MALAYSIA

Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi. 

Pasukan bola sepak Sukan SEA negara mendahului Thailand 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama.
Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. 


Perlawanan peringkat kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan menentang Singapura, baru-baru ini.  Tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan dan para pemain.  Sama-sama kita saksikan perlawanan seterusnya.  Ayuh Malaysia mengaum~~