13 November 2011

MALAYSIA JAGUH HOKI DUNIA


MALAYSIA mencipta sejarah apabila muncul juara sulung pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 malam tadi.
Gol kemenangan Malaysia diperoleh menerusi jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim, sekali gus mengecewakan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Skuad hoki negara meraikan kejayaan selepas menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa bwh 21 tahun


Muhammad Noor Faeez melakukan jaringan tersebut menerusi pukulan sudut penalti yang menerjah bahagian kiri gol lawan.
Sebelum itu, perlawanan tersebut terpaksa diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas masa perlawanan sebenar tamat.
Lebih manis, skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas kepada Australia pada perlawanan pusingan awal iaitu 2-1 berjaya menebus kekalahan itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.
Pada aksi tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dylan Wotherspoon tetapi anak didik Mohd. Dharma Abdullah berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan padang Mohd. Fitri Saari.
Jaringan padang Jack Wallace pada minit ke-59 membuatkan pasukan lawan kembali di hadapan tetapi Malaysia berjaya bangkit menerusi pukul sudut penalti Muhammad Noor Faeez seminit sebelum wisel penamat dibunyikan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan Malaysia.
Turut mencemar duli menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF).
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Pada aksi terdahulu, Korea Selatan berjaya menduduki tempat ketiga apabila menundukkan India pada masa tambahan menerusi jaringan emas pemain Yang Jig Hun selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 3-3 sehingga tamat masa perlawanan.
Secara keseluruhan apa yang dapat saya katakan adalah skuad projek 2013 ini merupakan pemain-pemain yang berbakat malahan bertaraf dunia dengan gaya dan skil yang ditunjukkan sekaligus menjadi antara negara yang digeruni dalam sukan hoki khususnya....pada pendapat anda bagaimana skuad ini dapat diteruskankan untuk menjadi pengganti kepada skuad senior??

No comments:

Post a Comment